Make your own free website on Tripod.com

MAMOANGEL VERSION 3

Home | MyIbans JukeBox | Temuai | My News | School Website | My Galeri | Sapa Sidak! | Unitem News Load | Infoline

My News

PENGIDUP MUHAMMAD AFIK DOA RAKYAT MALAYSIA!!                                                                                                                                                                                                                                                           

   

 
Berita Seterusnya!!!
 
My news.
 
 

Today News- Berita Sari Tuk!!!

Berita : Muhammad Afik


Image hosted by Photobucket.com

Gambar dari BH

“Ayah janganlah menangis,” kata Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Lipis memujuk ayahnya yang sebak melihat keadaannya terbaring dan kemungkinan besar lumpuh sepanjang hayat, dipercayai akibat dibuli oleh rakan sekolahnya.

Dalam kejadian pertama, anak kedua daripada enam beradik itu dikatakan dipijak di belakangnya dengan kasut polis kadet oleh pelajar Tingkatan Lima. *...sakit bangggg tolonggg...*

Pada kejadian kedua pula, Afiq dipercayai dibelasah tiga pelajar Tingkatan Tiga dengan menghentak badannya ke almari. *aduhhhh ampun banggg....sakitnyaa Ya Allah* Afiq dikatakan mula mengalami rasa sakit pada tengkuk dan lemah seluruh anggota badan pada 27 Mei lalu.

(Dipetik dr BH 01 Jun 05. Tambahan tulisan merah hanya imaginasi empunya blog)

Sangat bersimpati dengan adek Muhammad Afiq. Sedih. Geram pun ada. Apa nak jadik dengan budak² sekarang ni. Sekolah agama lak tu. Menyetan betol. Orang suh belajar dia menyetan belasah kawan. Dah kena rasuk apo bebudak ni. Semalam tengok Buletin Utama, ada bekas pelajar sekolah tersebut hantar emel kat Buletin Utama kata ini bukan kali pertama. Dah banyak berlaku kejadian macam ni sebelum ni dan pihak sekolah mengambil keputusan untuk buat dek. *oh tohan*

Pot pet pot pet ngan member pasal hal ni. Terkeluar dari mulut dia...'Mana orang tak kata orang Islam ni pengganas. Kecit² dah tersuntik elemen ganas'. Hmmmm.....

Semoga adek Muhammad Afiq sentiasa dilindungi Allah s.w.t. dan pulih seperti sedia kala Insya Allah.

::

 

Berita Sarawak


June 11, 2005 14:36 PM

Mayat Terakhir Mangsa Lemas Di Empangan Batang Ai Ditemui

SRI AMAN, 11 Jun (Bernama) -- Operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam di Empangan Hidro Batang Ai di Lubok Antu Rabu lepas menemui mayat Sam Emanuel, 15, berhampiran tempat kejadian, pagi ini.

Mayat tersebut adalah mangsa terakhir yang ditemui oleh pasukan yang terlibat dalam operasi itu.

Ketua Polis Lubok Antu ASP Tinggau Luna Sabtu berkata mayat Sam -- seorang daripada tiga pelajar Sekolah Menengah St Luke yang lemas semasa memancing di empangan tersebut -- dihantar ke Hospital Sri Aman untuk dibedah siasat.

"Dengan penemuan mayat itu pada 9.40 pagi ini, polis menghentikan operasi mencari dan menyelamat di tasik berkenaan," katanya yang dihubungi di sini.

Dalam kejadian Rabu lepas, Sam serta dua rakannya, Reynold Thomson, 17, dan Tyson Tajem Thomas, 15, lemas apabila bot yang mereka naiki terbalik kira-kira 6.30 petang semasa hujan lebat dan ombak besar.

Mayat dua rakannya ditemui berhampiran tempat kejadian pada hari berikutnya.

Tiga penumpang lain yang menaiki bot itu, Felix Luna Tela dan Tony Charlie, kedua-duanya pelajar berusia 17 tahun, serta guru pengakap mereka, Shaidi Ahmad, 41, terselamat dalam kejadian itu.

-- BERNAMA

___________________________________

Berita Sarawak


June 09, 2005 20:21 PM

Pinjaman Lebih Tinggi Bagi Rumah Panjang Di S'wak ?

SIBU, 9 Jun (Bernama) -- Berita baik bagi mereka yang mahu mendiami rumah panjang. Kerajaan negeri akan meneliti kemungkinan meningkatkan jumlah pinjaman perumahan daripada RM5,000 sekarang ini bagi masyarakat pribumi di Sarawak untuk membina rumah panjang baru ataupun mengubahsuainya.

Menteri Perumahan Negeri Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata buat masa ini kerajaan negeri telah memperuntukkan RM3 juta bagi tujuan itu tetapi jumlah itu adalah tidak memadai kerana banyak permohonan khasnya daripada lebih 5,000 penghuni rumah panjang di negeri ini.

Oleh itu pihaknya akan berunding dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di peringkat kerajaan persekutuan melalui timbalan menterinya Datuk Robert Lau Hoi Chew untuk membantu menambah peruntukan bagi tujuan itu, katanya kepada pemberita di sini, hari Khamis.

Dengan peruntukan lebih tinggi itu, pembiayaan bagi rumah panjang itu boleh dibuat seperti untuk "Rumah Mesra' atau rumah rakyat di mana bayaran balik bulanan tidak akan membebankan.

"Jangan khuatir, kami akan luluskan pinjaman itu walaupun kami mungkin menetapkan rekabentuk standard dengan beberapa ciri keselamatan terhadap kebakaran, dan struktur asal akan kekal seperti rumah panjang tradisional," katanya.

Sebelum itu Abang Johari, melawat mangsa-mangsa kebakaran rumah panjang Rh.Unjah (dahulunya Rh.Unggah), di Sungai Melanggan dekat sini, hari ini. Lebih kurang 420 orang daripada 42 keluarga orang tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran pada pukul 2.30 petang pada 21 April lepas.

Menteri Pembangunan Bandar dan Pelancongan Datuk Seri Wong Soon Koh, Datuk Robert Lau dan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Persekutuan Dr. Haji Ahmad Salludin Yeop Mat Dali merupakan antara yang mengiringi beliau semasa lawatan itu.

Sementara itu Robert Lau, yang juga anggota Parlimen Sibu berkata, bermula tahun depan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menggiatkan program mewujudkan lebih banyak skuad-skuad bomba sukarela di negeri itu.

Katanya, penduduk rumah panjang akan dilatih oleh Bomba dan Penyelamat di kawasan masing-masing selain disediakan peralatan sesuai seperti pili bomba dan lain-lainnya kemudiannya: BERNAMA

Hukuman gagal sekat budaya buli    


Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak                                                          

“PEPATAH Melayu ada mengatakan ‘Ikut nafsu, lesu. Ikut rasa, binasa. Ikut hati, mati!” kata Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Datuk Azhar Maah, kira-kira jam 12 tengah hari 6 Ogos 2004.

Azhar berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara tanpa tempoh ke atas lapan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor (SMADKPM), Ampangan di Seremban, Negeri Sembilan.

Pada jam 12.45 petang hari yang sama, seorang wanita menemani suaminya masuk ke bilik lokap Mahkamah Tinggi Seremban. Tujuan Norizan Ishak, 47, hanya satu, bersemuka dengan lapan pelajar yang membunuh anaknya, Muhammad Farid Ibrahim.

“Biarlah mereka minta maaf pada Muhammad Farid. Mereka bunuh arwah, saya tidak berhak nak maafkan mereka,” kata Norizan mengulas lapan pelajar senior yang meminta maaf kerana menyebabkan kematian Muhammad Farid.

Muhammad Farid meninggal dunia akibat pendarahan dalaman selepas cedera parah dipukul dan dipijak lapan pelajar senior di Dom Osman, Asrama Putera SMADKPM pada 28 Mac 2004.

Lebih setahun selepas kematian Muhammad Farid, sekali lagi masyarakat yang hampir lupa kisah sedih Norizan, membuka mata dan menggeleng kepala.

Tragedi Muhammad Farid, menimpa pula pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Padang Tengku (SMAPT) di Kuala Lipis, Pahang, Muhammad Afiq Baharuddin, 13, pada April dan Mei lalu.

Muhammad Afiq dibelasah, dipijak belakang badan dengan but kadet polis pada pertengahan April dan awal Mei lalu, kepalanya dihentak pula ke almari.

Akibat perbuatan semberono itu, Muhammad Afiq terlantar di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur.

Muhammad Farid dan Muhammad Afiq berkongsi nasib buruk, kedua-dua pelajar itu mangsa buli pelajar senior di asrama.

Mengimbas kejadian menimpa Muhammad Farid, tragedi itu berjaya menarik perhatian pelbagai pihak yang tampil dengan bermacam-macam idea dan pendekatan untuk membendung gejala buli.

Pada April 2004, Kementerian Pelajaran mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Petugas Khas menangani samseng dan buli di sekolah yang disertai Ketua Polis Negara, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN).

Kementerian Pelajaran juga menubuhkan talian aduan terus 1-800-884774, faksimili 03-20962130 dan e-mel adudisiplin@moe.gov.my.

Malah, bermula awal 2004 semua guru sekolah menengah dan rendah diarah menyediakan laporan perlakuan atau adab pelajar yang menyentuh prestasi keseluruhan sama ada pencapaian akademik atau kelakuan.

Cuma yang menjadi tanda tanya, sejauh mana pendekatan yang diambil itu memenuhi tujuan dan maksudnya?

Apa yang sudah dilakukan Pasukan Petugas Khas? Berapa banyak kes adu disiplin diselesaikan? Apa sudah jadi dengan laporan perlakuan pelajar? Dan, persoalan paling utama, mengapa kejadian buli hingga parah terhadap Muhammad Afiq masih berlaku?

Mungkin persoalan yang dibangkitkan ini dilihat cenderung menyalahkan pihak berkenaan. Namun, itulah realiti yang kita hadapi. Masyarakat kita masih kuat dibelenggu perumpaan Melayu, ‘hangat-hangat tahi ayam’.

Setiap kali berlaku kejadian besar menarik perhatian masyarakat seperti kes Allahyarham Muhammad Farid, banyak pihak muncul dengan pelbagai pendapat, idea dan pendekatan baru untuk dilaksanakan.

Selepas lima enam bulan, peristiwa hitam itu mula dilupakan kerana terlalu sibuk dengan urusan lain. Kalau ada sekali pun yang masih ingat kejadian itu, hanyalah Norizan dan keluarganya. Begitulah sentengnya pemikiran masyarakat kita, terlalu mudah melupakan sesuatu.

Oleh kerana ramai sudah lupa, eloklah kita fahami semula makna buli. Buli dimaksudkan sebagai tingkah laku agresif di mana seorang atau sekumpulan pelajar mengganggu seorang mangsa secara fizikal atau psikologi dalam jangka masa panjang dan berlaku berkali-kali (Hazler & Hoover, 1993).

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, buli bermaksud perbuatan mendera dan mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru. Ia juga membawa makna mempermainkan orang lemah dengan tujuan menggertak atau menakutkan.

Berdasarkan sejarah, gejala buli bukanlah budaya masyarakat negara ini. Ia diperkenalkan melalui sistem persekolahan British di Tanah Melayu dan menjadi sebati dalam masyarakat pelajar sekolah berasrama.

Contoh warisan budaya buli ini boleh dilihat di sekolah berprestij Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, Perak pada 2003 di mana sekumpulan pelajar cuba menghidupkan semula kumpulan samseng ala High Council.

Di universiti, buli lebih popular di universiti dengan istilah sesi suai kenal atau majlis ramah mesra pelajar junior-senior.

Pada dasarnya, buli mempunyai tujuan yang baik. Pelajar junior perlu ‘dibuli’ bagi memastikan mereka menghormati senior, mewujudkan semangat ‘kekitaan’ seterusnya memperatkan silaturrahim dan merapatkan jurang umur.

Budaya buli dan ragging juga wujud dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Bagaimanapun, pihak pengurusan tentera menyediakan garis panduan yang lengkap mengenai cara ‘membuli’ yang dibenarkan dan tidak dibenarkan.

Masalahnya, apabila budaya buli diamalkan kelompok remaja yang masih dangkal pertimbangan akal, tindakan itu bertukar kepada perlakuan ganas. Perbuatan membuli secara berlebihan itulah yang meragut nyawa Muhammad Farid dan menempatkan Muhammad Afiq di katil hospital.

Seharusnya, kejadian yang menimpa Muhammad Farid dan Muhammad Afiq dijadikan sempadan terakhir gejala buli. Undang-undang boleh memenjarakan pelajar senior yang membunuh Muhammad Farid atau menghukum pelajar yang memukul Muhammad Afiq.

Tetapi, siapa yang boleh menghentikan gejala senior membuli junior? Budak-budak tetap budak-budak, hari ini kita larang, esok mereka buat lagi!

Kita sudah mempunyai garis panduan yang disediakan Kementerian Pelajaran, cuma menunggu perlaksanaan yang betul, cepat, cekap dan berkesan. Ibu bapa, guru, warden asrama dan pegawai pendidikan sepatutnya memberi komitmen.

Tanggungjawab mereka bukan hanya tertakluk kepada kejayaan dalam pelajaran, sahsiah diri dan keperibadian anak dan pelajar juga perlu dibentuk supaya cemerlang, gemilang dan terbilang.

Selaku penggubal dasar, Kementerian Pelajaran mempunyai tanggungjawab yang lebih besar. Setiap pendekatan yang diajukan perlu disusuli sejauh mana pelaksanaan dan keberkesanannya. Bukan setakat wujudkan dan diam.

Ironinya, jika budaya buli tidak dapat dihapuskan, masyarakat kita akan terus berdepan dengan perlakuan ganas pelajar dalam tempoh 10 atau 20 tahun akan datang dan tidak mustahil tahun depan terjadi lagi.

Kelak, apabila berlaku lagi pelajar junior mati atau lumpuh akibat dipukul senior, pasti ada pihak yang memberi alasan sama “Biasalah...pelajar yang meningkat remaja, mereka cuma nakal sedikit,” (Pengetua SMAPT, Siti Salamah Salim, Harian Metro 3 Jun 2005).

DIMANAKAH SIFAT MANUSIA APABILA KESABARAN TAK TERBATAS!
 
Petikan akhbar / tarikh ??

Edisi Nasional: Doa pembuli
Oleh Ahmad Nazri Mohamad

SEREMBAN: Kumpulan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama Datuk Klana Petra Maamor, di sini, yang membelasah Muhammad Farid Ibrahim hingga mati Ahad lalu, dikatakan panik dan membacakan doa untuk menyelamat mangsa apabila melihat dia tidak sedarkan diri.

Mereka membelasah Muhammad Farid sebanyak dua kali iaitu antara jam 12 tengah malam hingga 3 pagi dan antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari menyebabkan mangsa cedera parah.

Menurut sumber, sebelum kejadian, Muhammad Farid dikatakan dikejutkan dari tidur oleh sekumpulan pelajar senior di bilik asramanya sebelum diheret ke tandas.

Di tandas, kumpulan pelajar senior mengikat kaki dan tangan mangsa sebelum menghentak kepalanya dengan baldi. Mereka turut menendang dan menumbuk mangsa sehingga dia (mangsa) tidak bermaya.

Dia yang teruk dibelasah tanpa mampu melawan parah dan darah membasahi pakaiannya.

Melihat keadaan mangsa yang tidak bermaya, kumpulan pelajar senior membawanya ke bilik semula.

Selepas mendapati mangsa tidak sedarkan diri, pelajar senior berkenaan menukarkan baju serta melumurkan minyak ubat pada badan mangsa dan membacakan doa untuk memulihkan Muhammad Farid.

Bagaimanapun, kata sumber itu menyedari keadaan mangsa tidak berubah, kumpulan pelajar senior itu membuat keputusan mengangkat Muhammad Farid dari bilik asrama pelajar tingkatan empat di tingkat tiga untuk memaklumkannya kepada warden sekolah.

Ketika kejadian itu dimaklumkan kepada seorang kakitangan sekolah, pelajar senior terbabit memberitahu mangsa tidak sedarkan diri kerana jatuh di tandas asrama.

Dalam perkembangan sama. bapa mangsa, Ibrahim Maadah, 49, berkata dia dimaklumkan pegawai penyiasat polis anaknya dibelasah dua kali tetapi kejadian itu hanya diketahui pihak sekolah pada petang hari kejadian.

Menurutnya, pada pagi hari kejadian hatinya sudah tidak tenteram dan sering teringatkan Muhammad Farid di sekolah.

Ibrahim berkata, dia dimaklumkan Muhammad Farid dibelasah kumpulan pelajar senior itu antara jam 12 tengah malam hingga jam 3 pagi manakala dalam kejadian kedua mangsa dipukul antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

“Saya hanya dimaklumkan pihak sekolah kira-kira jam 4 petang Ahad lalu, bahawa Muhammad Farid jatuh di tandas dan dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya.

Ibrahim yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak sekolah itu membuat laporan di Pondok Polis Rahang pada jam 4.15 petang kelmarin.

Dalam kejadian Ahad itu, Muhammad Farid dipukul sekumpulan pelajar tingkatan lima di tandas asrama selepas dikatakan enggan meminjamkan cerek elektriknya.

Muhammad Farid dikatakan diikat tangan dan kakinya dengan tali, dipukul menggunakan baldi dan ditendang dengan but menyebabkan parah pada badan dan kepala.

Pelajar yang memukul Muhammad Farid membawanya masuk ke bilik asrama sebelum kejadian itu diketahui warden dan kakitangan sekolah yang menghantar mangsa ke Hospital Seremban dan membuat laporan bahawa mangsa jatuh di tandas.

Mangsa meninggal dunia di hospital dan siasatan awal mendapati Muhammad Farid cedera akibat dipukul.

Berikutan kejadian itu, polis menahan 14 pelajar tingkatan lima sekolah itu dan mendapatkan perintah tahanan reman bermula Isnin hingga 7 April ini.

Sementara itu, menurut sumber lain, kumpulan pelajar senior yang menyerang mangsa menemui Muhammad Farid dan meminta meminjam cerek atau peralatan pemanas air pada awal pagi Ahad lalu.

Katanya, mangsa sudah menyerahkan barangan itu kepada pelajar senior terbabit tetapi Muhammad Farid dikatakan membuat teguran mereka masih belum tidur sedangkan ketika itu sudah awal pagi.

Sumber itu berkata, mangsa dipercayai dipukul di tandas pada pagi Ahad ketika pelajar lain keluar bergotong-royong, kerana tidak berpuas hati dengan teguran Muhammad Farid, yang dianggap tidak menghormati senior.

İNew Straits Times (M) Berhad
-----------------------------
Hmnn...budak2 zaman sekarang.

99364 | merah | 18:52 | 0 comments

6 Apr 2004                                                                                                            

GeMpAK JakO